Thursday 17 January 2013

Bahaya Gerakan Mereka


Satu peringatan untuk umat ISLAM..

Ketahuilah bahwa MEREKA tidak akan senang dengan kehidupan umat ISLAM
Ketahuilah bahwa MEREKA tidak akan duduk selesa dengan kehidupan umat ISLAM
Ketahuilah bahwa MEREKA selalu memikirkan jalan untuk menyesatkan umat ISLAM
Ketahuilah bahwa MEREKA mengetahui kebenaran tentang kelemahan dan kekuatan umat ISLAM.
Ketahuilah bahwa MEREKA selalu berusaha dalam memecahkan perpaduan umat ISLAM
Ketahuilah bahwa MEREKA sentiasa berdendam dengan KEMENANGAN kita dahulu
Ketahuilah bahwa MEREKA sentiasa berdendam dengan KEMEWAHAN umat ISLAM


Jadi untuk apa kita berselisihan pendapat...
Jadi untuk apa kita bertelingkahan...
Jadi untuk apa kita mencemuh sesama Umat Islam...
Jadi untuk apa kita tidak hargai 70 orang yang telah berusaha untuk Islam..
Jadi untuk apa kita tidak hargai ulama-ulama yang lebih berilmu dari kita...
Jadi untuk apa kita ikuti MEREKA ..sedangkan al-Quran dan as-Sunnah itu adalah BENAR

Ketahuilah bahwa GERAKAN MEREKA SANGAT BAHAYA...
Ketahuilah bahwa GERAKAN MEREKA SANGAT PENUH DENGAN TIPU DAYA
Ketahuilah bahwa GERAKAN MEREKA SANGAT BERSISTEMATIK DAN TERATUR
dalam menguasai DUNIA ISLAM ..

MEREKA ialah SEKULARISME, ORIENTALISME dan GERAKAN KRISITIAN

SEKULARISME = DUNIA dan AKHIRAT dipisahkan

ORIENTALISME = Pengkaji atau dikenali sebagai Orientalis paling cemerlang dalam menyesatkan  umat orang Islam dan dipangil Orientalisme disebabkan mereka membuat kajian di KETIMURAN.

GERAKAN KRISTIAN = Pengerak yang sentiasa berusaha menyebarkan Dakyah mereka terhadap umat Islam dan agama lain.

Matlamat mereka ialah Menghancurkan, Memusnahkan, Menghapuskan dan Menyesatkan kebenaran tentang agama Islam dan sentiasa berdendam dengan umat Islam disebabkan KEMENANGAN yang dimiliki oleh Umat Islam dalam perang Salib. Bermula daripada kekalahan mereka BANGKIT untuk melaksanakan misi mereka dengan mengunakan perang yang dikenali sebagai Ghazwu al-Fikri ( Perang Saraf atau dikenali sebagai Peperangan Akal Fikiran ).

Berdasarkan dalil dalam surah al-Baqarah ayat 120 :

    A120


Maksudnya : " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

( Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion. Say: "The Guidance of Allah,-that is the (only) Guidance." Wert thou to follow their desires after the knowledge which hath reached thee, then wouldst thou find neither Protector nor helper against Allah. )


Sudah jelas di dalam ayat al-Quran, surah al-Baqarah ayat 120, menerangkan bahawa, MEREKA tidak akan setuju dengan kebenaran agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Melainkan KITA bersetuju dengan cara dan kebenaran fahaman agama MEREKA. Sesungguhnya ketahuilah wahai MANUSIA bahawa ayat-ayat di dalam al-Quran itu adalah BENAR.
Sesungguhnya ALLAH lagi Maha Mengetahui apa-apa pekara yang tidak diketahui oleh manusia.

p/s : penulis akan menceritakn serba sedikit tentang sekularisme, orientalisme dan gerakan kristian pada masa akan datang. wa Allahualam :)













Perginya Seorang Sahabat

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah S.W.T..
Alhamdulilah semua selamat dengan kehendak Allah..
Alhamdulilah ramai yg menghadiri majlisnya...
Alhamdulilah kerana ramai yg solat jenazah untuk arwah..
Alhamdulilah kerana izinkan aku untuk cium dahinya..
Alhamdulilah kerana izinkan aku mengangkat dan mengiringi jenazahanya hingga ke akhirnya
Alhamdulilah kerana izinkan aku mengenggam tanah untuknnya...
Alhamdulilah itu jua yg aku mampu untuk sahabat baikku..
Alhamdulilah kau kurniakan aku sahabat yang tiada galang ganti.. kerana Dakwah dan Ukhuwah ini aku redha..dengan pemergiannya.. Allah sangat sayangkan kau sahabat. dan pastinya kami pun akan pergi seperti kau sahabat..

Pasti aku rindu senyumanmu..
Pasti aku rindu saat kau datang rumahku..
Pasti aku rindu dakapanmu..
Pasti aku rindu gelak tawa mu..
Pasti aku rindu pengalaman dan kenangan kita bersama...
Semoga rinduku ini menuju kejalan Dakwah Islam kita..
Semoga Allah tempatkan kau bersama orang yang soleh dan takwa..

Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu Ya Allah..
Aku memohon kepada mu Ya Allah perkuatkan lah semangat kepada Keluarganya, Saudaranya, Sahabatnya dan Kawan-kawanya untuk terus tabah.. dan ini adalah ujian dan peringatan bagi kami bagi manusia yg masih hidup di muka bumi ini..
Kematian itu adalah pekara yg benar..

Dan saya bermohon kepada yg kenali arwah Mohamad Afham bin Jumaat..
tolong maafkan segala kesalahan dia,, jika ada yang terasa hati atau apa-apa pekara yg tersembunyi atau pun tidak.. tolong halalkan segala benda, makan dan minum arwah secara sengaja atau tidak sengaja..

al-fatihah.. untuk pejuang ilmu Allah yang diakhiri dengan keserian wajhu.. Mohammad Afham bin Jumaat..
sahabat dari kecil hingga akhirat kelak.. ins sha Allah..

Dalam kenangan 2001-2013









 

11/1/2013

 

Monday 14 January 2013

S.A.H.A.B.A.T

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

 




















 

Wednesday 4 January 2012

Berdakwah..berdakwah...berdakwah....

Tidak kira Muda, Tua, Single, Married,, atau sebagainya...

Dakwah Islamiah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan
sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Untuk mencapai matlamat tersebut, banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari pelbagai pihak.

Namun keadaan tersebut tidaklah bererti bahawa ada kalanya dakwah tidak menghadapi apa-apa masalah. Jadi yang dimaksudkan dengan rintangan dakwah ialah masalah-masalah yang lahir disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu yang sepatutnya tidak ada di dalam kehidupan manusia......


Kita dapat melihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai fundamental dan konservatif. Istilah-isitilah itu kemudiannya  menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan.

Atas rasa takutlah mereka mencipta pula perspektif Islamophobia, dan dikaitkan dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa, dan lain-lain tindakan jenayah.

Perkembangan terbaru, masyarakat yang sudah terbentuk persepsi melihat pakaian yang digunakan oleh sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah.

Maka dengan itu ikon Islam sudah dilihat sebagai sesuatu yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Begitu juga menara masjid telah dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan. Perspektif salah ini sedang berkembang dalam masyarakat Barat sehingga ada negara berusaha menggubal undang-undang bagi melarang apa sahaja unsur yang boleh dihubungkan dengan Islam.

Persoalan ini bukanlah mudah untuk ditangani. Ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk melakarkan kembali kemurnian Islam sehingga berjaya mengikis pandangan serong terhadap apa yang mereka fahami mengenai konsep perang suci atau jihad. Lebih banyak pendedahan dan dialog perlu dilaksanakan kerana dengan pemahaman yang melihat kepada psikologi takutlah menyebabkan prasangka buruk semakin membesar dan berkembang.

Namun, sebenarnya rasa khuatir dan takut itu hanyalah satu petanda bahawa kita sebenarnya masih tidak berjaya mendekati mereka. Kita berusaha untuk berdampingan dengan mereka, kerana sebahagian daripada mengambil sikap untuk terus bermusuh, sedangkan Islam sentiasa mengharapkan setiap penganutnya mencipta kedamaian dan hidup dalam situasi harmoni. Jika ada sebarang salah faham, perselisihan hendaklah diselesaikan secara yang paling baik dan berhemah, tidak ikut melawan dengan kekerasan.

Usaha dialog yang aktif juga akan menyumbang di dalam mengikis gejala ‘Islamophobia’ – rasa gerun dan takut kepada agama Islam dan penganutnya oleh sebahagian masyarakat dunia pada hari ini.

Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya.

Globalisasi sebenarnya telah dimulakan oleh Islam. Kalau kita lihat sejarahnya, perkembangan Islam walaupun pada awal kemunculannya hanya di kalangan orang Arab, keluasan pengaruhnya telah menjalar ke seluruh pelosok kehidupan manusia. Hampir tidak ada negara yang tidak mempunyai penganut Islam, walaupun majoritinya bukan Islam. Kini, jumlah penganut Islam merupakan yang kedua terbanyak selepas penganut Kristian. Menurut anggaran, dalam sepuluh orang penduduk dunia, empat adalah mereka yang beragama Islam. Ini membuktikan walaupun ada cercaan dan usaha memburuk-burukkan Islam, penganut Islam terus bertambah sehingga berupaya mengantasi penganut agama lain selain Kristian.

Ada juga pendapat mengatakan dalam masa 100 tahun lagi, Islam akan muncul sebagai agama yang paling banyak penganutnya. Ini kerana pertumbuhan semulajadi dan pertambahan penganut Islam baru meningkat begitu cepat berbanding agama-agama lain. Faktor globalisasi yang mendera orang Islam menjadikan lebih ramai yang bersimpati. Simpati ini terus menyebabkan mereka melihat kelompok agama lain yang menyiksa masyarakat Islam sebenarnya melakukan keganasan. Dari keadaan ini, Islam semakin mendapat kekuatan apabila masyarakat barat turut mempersoalkan tindakan kerajaan mereka memenjarakan orang Islam tanpa diberikan hak membela diri dan dibicarakan. Masyarakat Islam sebenarnya telah dihukum berdasarkan praduga dan prasangka.

Ini menarik minat para cendekiawan barat menilai kembali Islam dan akhirnya mereka menemui Islam sebagai agama terbaik yang pernah hadir  dalam kehidupan manusia. Banyak tokoh yang kita dapat jadikan teladan mengenai pencarian ini, termasuk Jeffrey Lang, seorang pakar matematik yang telah menulis beberapa buah buku mengenai keyakinannya terhadap Islam walaupun sebelumnya beliau merupakan seorang atheis.
Masalah Dakwah seterusnya ialah pengaruh Barat yang menebal di kalangan orang Islam. Ini disebabkan oleh hampir keseluruhan masyarakat Islam pernah dijajah oleh penjajah Barat. Walaupun sekarang semua negara Islam telah merdeka, namun kesan daripada penjajahan fikiran masih wujud. Oleh kerana penjajah-penjajah yang pernah menguasai negara-negara Islam terdiri daripada orang Kristian Barat yang kebanyakan sistem nilainya tidak sama dengan sistem nilai Islam, pemikirannya tidak sama dengan pemikiran Islam dan cara hidupnya tidak sama dengan cara hidup Islam, maka pemikiran dan perwatakan masyarakat Islam sehingga sekarang banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan oleh Islam. Untuk mengikis pengaruh yang dianggap telah bersebati seperti ini memerlukan usaha yang lebih, kerana terpaksa menghadapi banyak masalah yang merintang.

Demikian juga dengan masalah pengaruh kebendaan yang agak menebal dikalangan sesetengah masyarakat Islam. Oleh kerana kebanyakan negara Islam mempunyai kedudukan ekonomi yang baik, maka pengaruh tersebut sukar untuk diatasi setelah ia ditanam begitu lama oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam. 

Pengaruh tersebut menjadi masalah pada dakwah disebabkan Islam itu satu agama yang mementingkan bukan sahaja kesenangan di dunia malah juga kesenagan di akhirat. Ciri-ciri yang dibabawa oleh Islam seperti ini akan bertembung dengan jiwa kebendaan yang melihat kesenagan bagi manusia itu semata-mata ada di dunia sahaja. Usaha dakwah untuk menjaga kepentingan akhirat akan ditentang oleh pengaruh ini atau paling tidak golongan ini akan sukar menerimanya.

Masalah  lain ialah perpecahan di kalangan umat Islam. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam sendiri berpecah menjadi beberapa kumpulan. Akibat daripada perpecahan ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah.

Banyak sebab mengapa umat Islam berpecah, antaranya ialah kerana lahirnya berbagai-bagai parti politik dan pertubuhan dakwah, sedangkan sebahagian daripada umat Islam adalah jahil tentang Islam dan ramai yang buta huruf. Di samping itu, orang Islam mempunyai sifat taksub kepada pemimpin. Akibat daripada perpecahan ini, dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya.

Demikian juga wujudnya anggapan bahawa tanggungjawab dakwah bukan urusan setiap orang Islam dengan adanya anggapan sedemikian dikalangan orang-orang Islam sekarang, maka tugas dakwah dibiarkan kepada sekumpulan orang sahaja. Kerjasama dan pertolongan sukar diberi oleh golongan yang beranggapan demikian, walaupun golongan ini memiliki benda-benda yang berguna kepada dakwah, seperti kepakaran, wang ringgit, kepimpinan masa dan sebagainya. Akibatnya, dakwah menjadi tidak bermaya, menghadapi banyak kekurangan dan tidak profesional.

Tuesday 20 December 2011

Seksualiti Merdeka 2011 : Baca Sejarah Dulu


Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan . Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.

Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia.

Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Allah SWT berfirman:
“Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul. Ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (QS. asy-Syu’ara: 160-163)
Dengan kelembutan dan kasih sayang semacam ini, Nabi Luth berdakwah kepada kaumnya. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah kepada Allah SWT yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan melarang mereka untuk melakukan kejahatan dan kekejian. Namun dakwah beliau berhadapan dengan hati yang keras dan jiwa yang sakit serta penolakan yang berasal dari kesombongan.

Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreativiti yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum lelaki (homo seks).
Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55)
Nabi Luth menyampaikan dakwah kepada mereka dengan penuh ketulusan dan kejujuran, namun apa gerangan jawapan dari kaumnya:
“Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: ‘Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwahkan dirinya) bersih.’” (QS. an-Naml: 56)
Mengapa mereka menjadikan sesuatu yang patut dipuji menjadi sesuatu yang tercela yang kemudian harus diusir dan dikeluarkan. Tampak bahawa jiwa kaum Nabi Luth benar-benar sakit dan mereka justru menganiaya diri mereka sendiri serta bersikap angkuh terhadap kebenaran. Akhirnya, kaum lelaki cenderung kepada sesama jenis mereka, bukan malah cenderung kepada wanita. Sungguh aneh ketika mereka menganggap kesucian dan kebersihan sebagai kejahatan yang harus disamakan. Mereka orang-orang yang sakit yang justru menolak ubat dan memeranginya. Tindakan kaum Nabi Luth membuat had beliau bersedih.

Mereka melakukan kejahatan secara terang-terangan di tempat-tempat mereka. Ketika mereka melihat seorang asing atau seorang musafir atau seorang tamu yang memasuki kota, maka mereka menangkapnya. Mereka berkata kepada Nabi Luth, “sambutlah tamu- tamu perempuan dan tinggalkanlah untuk kami kaum lelaki.” Mulailah perilaku mereka yang keji itu terkenal.

Nabi Luth memerangi mereka dalam jihad yang besar. Nabi Luth mengemukakan argumentasi. Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berlalu, dan Nabi Luth terus berdakwah. Namun tak seorang pun yang mengikutinya dan tiada yang beriman kepadanya kecuali keluarganya, bahkan keluarganya pun tidak beriman semuanya. Isteri Nabi Luth kafir seperti isteri Nabi Nuh:
“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang- orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): ‘Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.’” (QS. at-Tahrim: 10)
Jika rumah adalah tempat istirahat yang di dalamnya seseorang mendapatkan ketenangan, maka Nabi Luth terseksa, baik di luar rumah mahupun di dalamnya. Kehidupan Nabi Luth dipenuhi dengan mata rantai penderitaan yang keras namun beliau tetap sabar atas kaumnya. Berlalulah tahun demi tahun tetapi tak seorang pun yang beriman kepadanya, bahkan mereka mulai mengejek ajarannya dan mengatakan apa saja yang ingin mereka katakan:
“Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang- arang yang benar.” (QS. al-’Ankabut: 29)
Ketika terjadi hal tersebut, Nabi Luth berputus asa kepada mereka dan ia berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya dan menghancurkan orang- orang yang membuat kerosakan. Akhirnya, para malaikat keluar dari tempat Nabi Ibrahim menuju desa Nabi Luth. Mereka sampai saat Ashar. Mereka mencapai pagar-pagar Sudum. Sungai mengalir di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman yang hijau.
Sementara itu, anak perempuan Nabi Luth berdiri sedang memenuhi tempat airnya dari air sungai itu. Ia mengangkat wajahnya sehingga menyaksikan mereka. Ia tampak kehairanan melihat kaum lelaki yang memiliki ketampanan yang mengagumkan. Salah seorang malaikat bertanya kepada anak kecil itu: “Wahai anak perempuan, apakah ada rumah di sini?” Ia berkata (saat itu ia mengingat kaumnya), “Hendaklah kalian tetap di situ sehingga aku memberitahu ayahku dan kemudian akan kembali pada kalian.” Ia meninggalkan wadah airnya di sisi sungai dan segera menuju ayahnya.

“Ayahku, ada pemuda-pemuda yang ingin menemuimu di pintu kota. Aku belum pernah melihat wajah-wajah seperti mereka,” kata anak itu dengan nada gugup. Nabi Luth berkata kepada dirinya sendiri: Ini adalah hari yang dahsyat. Beliau segera berlari menuju tamu-tamunya. Ketika Nabi Luth melihat mereka, beliau merasakan kehairanan yang luar biasa. Beliau berkata: “Ini adalah hari yang dahsyat.” Beliau bertanya kepada mereka: “Dari mana mereka datang dan apa tujuan mereka?” Mereka malah terdiam dan justru memintanya untuk menjamu mereka.” Nabi Luth tampak malu di hadapan mereka, kemudian beliau berjalan di depan mereka sedikit lalu beliau berhenti sambil menoleh kepada mereka dan berkata: “Saya belum mengetahui kaum yang lebih keji di muka bumi ini selain penduduk negeri ini.” Beliau mengatakan demikian dengan maksud agar mereka mengurungkan niat mereka untuk bermalam di negerinya. Namun mereka tidak peduli dengan ucapan Nabi Luth dan mereka tidak memberikan komentar atasnya.

Nabi Luth kembali berjalan bersama mereka dan beliau selalu berusaha untuk mengalihkan pembicaraan tentang kaumnya. Nabi Luth memberitahu mereka bahawa penduduk desanya sangat jahat dan menghinakan tamu-tamu mereka. Di samping itu, mereka juga membuat kerosakan di muka bumi dan seringkali terjadi pertentangan di dalam desanya. Pemberitahuan tersebut dimaksudkan agar para tamunya membatalkan niat mereka untuk bermalam di desanya tanpa harus melukai perasaan mereka dan tanpa menghilangkan penghormatan pada tamu. Nabi Luth berusaha dan mengisyaratkan kepada mereka untuk melanjutkan perjalanannya tanpa harus mampir di negerinya. Namun tamu-tamu itu sangat menghairankan. Mereka tetap berjalan dalam keadaan diam.

Ketika Nabi Luth melihat tekad mereka untuk tetap bermalam di kota, beliau meminta kepada mereka untuk tinggal di suatu kebun sehingga datang waktu Maghrib dan kegelapan menyelimuti segala penjuru kota. Nabi Luth sangat bersedih dan dadanya menjadi sempit. kerana rasa takutnya dan penderitaannya sehingga ia lupa untuk memberi mereka makanan. Kegelapan mulai menyelimuti kota. Nabi Luth menemani tiga tamunya itu berjalan menuju rumahnya. Tak seorang pun dari penduduk kota yang melihat mereka. Namun isterinya melihat mereka sehingga ia keluar menuju kaumnya dan memberitahu mereka kejadian yang dilihatnya. Kemudian tersebarlah berita dengan begitu cepat dan selanjutnya kaum Nabi Luth menemuinya. Allah SWT berfirman:
“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: ‘Ini adalah hari yang amat sulit.’ Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.” (QS. Hud: 77-78)
Mulailah terjadi hari yang sangat keras. Kaum Nabi Luth bergegas menuju padanya. Nabi Luth bertanya pada dirinya sendiri: “Siapa gerangan yang memberitahu mereka?” Kemudian ia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari isterinya namun ia tidak menemuinya. Maka bertambahlah kesedihan Nabi Luth.
Kaum Nabi Luth berdiri di depan pintu rumah. Nabi Luth keluar kepada mereka dengan penuh harap, bagaimana seandainya mereka diajak berfikir secara sehat? Bagaimana seandainya mereka diajak menggunakan fitrah yang sehat? Bagaimana seandainya mereka tergugah dengan kecenderungan yang sehat terhadap jenis lain yang Allah SWT ciptakan untuk mereka? Bukankah di dalam rumah mereka terdapat kaum wanita? Seharusnya wanitalah yang menjadi kecenderungan mereka, bukan malah mereka cenderung kepada sesama lelaki.
“Dia berkata: ‘Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeriku) mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal.” (QS. Hud: 78)
“Inilah puteri-puteri (negeriku).” Apa yang dimaksud dengan pernyataan tersebut? Nabi Luth ingin berkata kepada mereka: “Di hadapan kalian terdapat wanita-wanita di bumi. Mereka lebih suci bagi kalian dalam bentuk kesucian jiwa dan fizik. Ketika kalian cenderung kepada mereka, maka kecenderungan itu merupakan pelaksanaan dari fitrah yang sehat.” “Maka bertakwalah kalian kepada Allah.” Nabi Luth berusaha menjamah jiwa mereka dari sisi takwa setelah menjamahnya dari sisi fitrah. Bertakwalah kepada Allah SWT dan ingatlah bahawa Allah SWT mendengar dan melihat serta akan murka dan menyeksa orang-orang yang derhaka. Seharusnya orang yang berakal sehat menghindari murka- Nya.

“Dan janganlah kalian mencemarkan namaku terhadap tamuku ini.” Ini adalah usaha gagal dari beliau yang mencuba menggugah kemuliaan dan tradisi mereka sebagai orang Badwi yang harus menghormati tamu, bukan malah menghinakannya. “Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” Tidakkah di antara kalian terdapat orang yang mempunyai fikiran yang sehat? Tidakkah di antara kalian terdapat laki-laki yang berakal? Apa yang kalian inginkan jika memang terwujud, maka itu hakikat kegilaan. Akal adalah sarana yang tepat bagi kalian untuk mengetahui kebenaran. Sesungguhnya perkara tersebut sangat jelas kebenarannya jika kalian memperhatikan fitrah, agama, dan harga diri.” Kaumnya menunggu hingga beliau selesai dari nasihatnya yang singkat lalu mereka tertawa terbahak-bahak. Kalimat Nabi Luth yang suci itu tidak mampu mengubah pendirian jiwa yang sakit, hati yang beku, dan fikiran yang bodoh:
“Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.’” (QS. Hud: 79)
Demikianlah tampak dengan jelas bahawa kebenaran tersembunyi di balik pengkaburan, suatu hal yang diketahui oleh dunia semuanya. Mereka tidak mengatakan kepadanya apa yang mereka inginkan kerana dunia mengetahuinya dan selanjutnya ia juga mengetahui, yakni isyarat yang buruk pada perbuatan yang buruk.
Nabi Luth merasakan kesedihan dan kelemahannya di tengah-tengah kaumnya. Dengan marah Nabi Luth memasuki rumahnya dan menutup pintu rumahnya. Ia berdiri mendengarkan tertawa dan celaan serta pukulan terhadap pintu rumahnya. Sementara itu, orang-orang asing yang dijamu oleh Nabi Luth tampak duduk dalam keadaan tenang dan terpaku. Nabi Luth merasakan kehairanan dalam dirinya ketika melihat ketenangan mereka. Dan pukulan-pukulan yang ditujukan pada pintu semakin kencang. Mulailah kayu-kayu pintu itu tampak rosak dan lemah, lalu Nabi Luth berteriak dalam keadaan kesal:
“Luth berkata: ‘Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).’” (QS. Hud: 80)
Nabi Luth berharap akan mendapatkan kekuatan sehingga dapat melindungi para tamunya. Beliau mengharapkan seandainya terdapat benteng yang kuat yang dapat melindunginya, yaitu benteng Allah SWT yang di dalamnya para nabi dan kekasih-kekasih-Nya dilindungi. Berkenaan dengan hal itu, Rasulullah berkata saat membaca ayat tersebut: “Allah SWT menurunkan rahmat atas Nabi Luth. Ia berlindung pada benteng yang kukuh.” Ketika penderitaan mencapai puncaknya dan Nabi Luth mengucapkan kata-katanya yang terbang laksana burung yang putus asa, para tamunya bergerak dan tiba-tiba bangkit. Mereka memberitahunya bahawa ia benar-benar akan terlindung di bawah benteng yang kuat:
“Para utusan (malaikat) berkata: ‘Hai Luth sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-sekali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu.” (QS. Hud: 81)
Jangan berkeluh kesah wahai Luth dan jangan takut. Kami adalah para malaikat, dan kaum itu tidak akan mampu menyentuhmu. Tiba-tiba pintu terbelah. Jibril bangkit dan ia menunjuk dengan tangannya secara cepat sehingga kaum itu kehilangan matanya. Lalu mereka tampak serampangan di dalam dinding dan mereka keluar dari rumah dan mereka mengira bahawa mereka memasukinya. Jibril as menghilangkan mata mereka.
Allah SWT berfirman:
“Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal.” (QS. al-Qamar: 37-38)
Para malaikat menoleh kepada Nabi Luth dan memerintahkan kepadanya untuk membawa keluarganya di tengah malam dan keluar. Mereka mendengar suara yang sangat mengerikan dan akan menggoncangkan gunung. Seksa apa ini? Ini adalah seksa dari bentuk yang aneh. Para malaikat memberitahunya bahawa isterinya termasuk orang-orang yang menentangnya. isterinya adalah seorang kafir seperti mereka, sehingga jika turun azab kepada mereka, maka ia pun akan menerimanya.

Keluarlah wahai Luth kerana keputusan Tuhanmu telah ditetapkan. Nabi Luth bertanya kepada malaikat: “Apakah sekarang akan turun azab kepada mereka?” Para malaikat memberitahunya bahawa mereka akan terkena azab pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sangat dekat?
Allah berfirman SWT:
“Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kalian yang tertinggal, kecuali isterimu Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?” (QS. Hud: 81)
Nabi Luth keluar bersama anak-anak perempuannya dan isterinya. Mereka keluar di waktu malam. Dan tibalah waktu Subuh. Kemudian datanglah perintah Allah SWT:
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)
Para ulama berkata: “Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu- batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota- kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.”
Allah SWT berfirman tentang kota-kota Luth:
“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)
“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)
“Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu. Dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari orang-orang yang berserah diri. Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada seksa yang pedih. ” (QS. adz-Dzariyat: 35-37)
Yakni ia adalah bukti kekuasaan Allah SWT yang zahir. Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”

Tamatlah riwayat kaum Nabi Luth dari bumi. Akhirnya, Nabi Luth menemui Nabi Ibrahim. Beliau menceritakan berita tentang kaumnya. Beliau hairan ketika mendengar bahawa Nabi Ibrahim juga mengetahuinya. Nabi Luth terus melanjutkan misi dakwahnya di jalan Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim. Mereka berdua tetap menyebarkan Islam di muka bumi.

Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 sehingga ayat 175 , surah “Hud” ayat 77 sehingga ayat 83 , surah “Al- Qamar” ayat 33 sehingga 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.

Wednesday 7 December 2011

SUNNAH RASULULLAH S.A.W DALAM MENGHADAPI PEMERINTAH

 Disediakan oleh: Muhammad Asrie bin Sobrie

الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيــــه كما يحبه ربنا ويرضاه وصلى الله على الهادي محمد الأمين وعلى من اتبعه بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد،

Allah S.W.T berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [Surah An-Nisaa ayat 59]

Sabda Rasulullah S.A.W:

من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصا الله ومن يطع الأمير فقد أطاعني ومن يعص الأمير فقد عصاني [رواه البخاري ومسلم ووالنسائي وابن ماجه وأحمد]

Maksudnya: Sesiapa yang mentaatiku maka dia mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku maka dia juga menderhakai Allah dan barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia mentaati aku dan sesiapa yang derhaka pada pemerintah maka dia menderhakaiku. [Hadis Sahih: Riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad]

Berdasarkan ayat dan hadis di atas ulama’ Ahlus Sunnah wal Jamaah telah sepakat bahawa mentaati pemerintah muslim itu adalah wajib.

Berkata Syeikh Thahawi dalam matan ‘Aqidah:

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل [فريضة ما لم يأمروا بمعصية وندعو لهم بالصلاح والمعافاة. [شرح الطحاوية في العقيدة السلفية،312 ،دار الحجيث قاهرة

Maksudnya: dan bukanlah dari ‘aqidah kami-ahli sunnah- menentang pemerintah walaupun mereka itu berlaku zalim dan tidak pula kami mendoakan kejahatan atas mereka, adapun ‘aqidah kami adalah mentaati mereka itu bermakna mentaati Allah Azza wa Jalla iaitu satu kefardhuan atas kami selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keampunan. [Rujuk - Syarah al-Thahawiyah fi al-‘Aqidah al-Salafiah]

Berdasarkan ayat terdahulu Allah S.W.T meletakkan syarat pemerintah yang wajib ditaati itu adalah muslim berdasarkan "منكم"(dari Kamu).

Ketaatan kepada pemimpin adalah muqayyad atau tertakluk kepada apa yang bersesuaian dengan syariat Allah adapun yang menyelisihi syara’ maka tiada taat bahkan haram dan wajib ketika itu menasihati pemerintah dan menyuruh kepada makruf.

Dalam hadis Sahih daripada Syaikhan:

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: على المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره، إلا أن يؤمر بمعصيةٍ، فإذا أمر بمعصيةٍ فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: Daripada Ibn Umar R.A. daripada Nabi S.A.W. baginda bersabda: Wajib atas muslim itu mematuhi pemerintah dalam perkara yang ia suka mahupun tidak melainkan apabila diperintah melakukan maksiat maka ketika itu tidak wajib lagi taat. [Hadis Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim]

Perkataan أولي الأمر menurut ulama’ tafsir merangkumi semua jenis pengausa ‘am dan khas seperti raja,menteri,khalifah,ulama’ dan penguasa agama seperti mufti dan ibu bapa serta suami.

Kewajipan ini mentaati pemerintah ini datang setelah pemerintah itu melaksanakn keadilan dan menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan atasnya. Ini berdasarkan ayat sebelum ayat ini iaitu surah an-Nisaa’ ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Ayat ini Allah S.W.T menujukan khitabnya pada pemerintah untuk melakukan keadilan dan kesaksamaan dan menunaikan amanah dengan baik kemudian Allah S.W.T berpesan pula kepada rakyat untuk mentaati pemerintah dalam makruf. - lihat tafsir Al-Alusi-.

Apabila pemerintah itu berlaku zalim:

Dalam meghadapi masalah ini Rasulullah S.A.W. telah memberikan petunjuk yang amat baik sekali dalam hadis-hadis baginda yang sahih:

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من كره من أميره شيئاً فليصبر، فإنه من خرج من السلطان [شبراً مات ميتةً جاهليةً [متفق عليه-رياض الصالحين

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas R.A.: Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang benci pada pemerintahnya sesuatu (daripada maksiat) maka hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang menentang pemerintah maka dia mati sebagai mana orang Jahiliyyah. [Hadis Sahih: Muttafaq ‘Alaih – Riyadhus Solihin]

عن جنادة بن أبي أمية قال : دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض فقلنا حدثنا أصلحك الله بحديث ينفع الله به سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: دعانا رسول الله صلى الله عليه وسلم فبايعناه فكان فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله قال إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Maksudnya: Daripada Junadah bin Abi Umayyah berkata: Kami menemui Ubadah bin Samit ketika dia sakit dan kami berkata padanya: Ceritakanlah pada kami-semog Allah menyembuhkan kamu- akan suatu hadis yang bermanfaat yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. maka dia berkata: Rasulullah menyeru kami lalu kami membaiat baginda dan antara isi baiat itu; hendaklah kami dengar dan taat ketika suka dan benci, susah dan senang dan yang memeberi kesan pada kami dan janganlah kami mencabut urusan (pemerintahan) daripada ahlinya melainkan engkau melihat padanya(pemerintah) kufur yang nyata yang kamu boleh buktikannya di hadapan Allah. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]

عن أم سلمة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن أنكر سلم ولكن من رضي وتابع قالوا أفلا نقاتلهم قال لا ما صلوا

Maksudnya : Daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah S.A.W. berkata: Aka nada pemimpin-pemimpin yang kamu kenal dan kamu ingkarinya(kerana maksiatnya) maka sesiapa yang menegnali maksiat itu maka dia terlepas (tidak terjebak dalamnya) dan sesiapa yang ingkar maka dia selamat tetapi (yang berdosa adalah) mereka yang redha dan ikut. Mereka(Sahabat) berkata: Apakah tidak boleh kami memerangi mereka? Kata baginda: tidak boleh selagi mereka solat. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]

عوف بن مالك : عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف فقال لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولاتكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik daripada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu menyukai mereka dan mereka menyukai kamu, mereka mendoakan kamu dan begitu juga kamu mendoakan mereka,adapun seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci akan mereka begitu juga mereka benci pada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu.Ditanya RasulullahS.A.W: Wahai Rasulullah apakah tidak boleh kami melawan mereka sahaja dengan pedang? Maka jawab Nabi S.A.W.: Tidak boleh selagi mereka mendirikan solat dan apabila kamu melihat pemimpin kamu akan sesuatu yang kamu benci maka bencilah amalannya tapi jangan dia keluar dari taat. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]

عن عبد الرحمن بن عبد رب الكعبة قال دخلت المسجد فإذا عبد الله بن عمرو بن العاص جالس في ظل الكعبة والناس مجتمعون عليه فأتيتهم فجلست إليه فقال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر فنزلنا منزلا فمنا من يصلح خباءه ومنا من ينتضل ومنا من هو في جشره إذ نادى منادي رسول الله صلى الله عليه وسلم الصلاة جامعة فاجتمعنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال إنه لم يكن نبي قبلي إلا كان حقا عليه أن يدل أمته على خير ما يعلمه لهم وينذرهم شر ما يعلمه لهم وإن أمتكم هذه جعل عافيتها في أولها وسيصيب آخرها بلاء وأمور تنكرونها وتجيء فتنة فيرقق بعضها بعضا وتجيء الفتنة فيقول المؤمن هذه مهلكتي ثم تنكشف وتجيء الفتنة فيقول المؤمن هذه هذه فمن أحب أن يزحزح عن النار ويدخل الجنة فلتأته منيته وهو يؤمن بالله واليوم الآخر وليأت إلى الناس الذي يحب أن يؤتى إليه ومن بايع إماما فأعطاه صفقة يده وثمرة قلبه فليطعه إن استطاع فإن جاء آخر ينازعه فاضربوا عنق الآخر فدنوت منه فقلت له أنشدك الله آنت سمعت هذا من رسول الله صلى الله عليه وسلم فأهوى إلى أذنيه وقلبه بيديه وقال سمعته أذناي ووعاه قلبي فقلت له هذا ابن عمك معاوية يأمرنا أن نأكل أموالنا بيننا بالباطل ونقتل أنفسنا والله يقول:{ يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما } قال فسكت ساعة ثم قال أطعه في طاعة الله واعصه في معصية الله [رواه مسلم والنسائي]

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Abdu Rabbil Kaabah katanya: Aku masuk ke Masjidil Haram dan aku dapati Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A. sedang duduk di bawah bayangan Kaabah dan manusia berkumpul padanya maka aku pun ikut serta.Maka Abdullah berkata: Kami bersama Rasulullah S.A.W dalam satu perjalanan lalu kami berhenti di satu perhentian maka ada antara kami yang membaiki tempat berteduhnya dan ada yang bermain dengan lembing dan ada yang menguruskan haiwan, lalu terdengar penyeru bagi Rasulullah S.A.W. menyeru “Solat Berjemaah” maka kami berkumpul pada Rasulullah S.A.W. Lalau baginda bersabda: Tidak ada seorang Nabi pun sebelumku melainkan wajib atasnya menunjukkan umatnya apa yang terbaik yang diketahui olehnya bagi mereka dan member ingat akan perkara yang buruk yang diketahuinya pada mereka, sesungguhnya umat kamu ini dijadikan kebaikan pada generasi awalnya( Salaf Soleh) adapun generasi akhirnya akan terkena bala’ dan perkara yang mereka ingkarinya dan akan dating fitnah yang meringankan yang sebelumnya(kerana yang selepas itu lebih hebat) bila dating satu fitnah maka mukmin akan berkata: ‘inilah saat kemusnahanku’ kemudian fitnah itu hilang dan dating yang lain pula lalu berkata mukmin:Inilah dia saat kemusnahan ku’ dan seterusnya. Sesiapa yang hendak selamat dari nereka dan dimasukkan ke dalam syurga maka hendaklah dia mati dalam keadaan iman dan berbuat baik kepada manusia. Sesiapa yang membaiat seorang pemimpin dan member ketaatab padanya maka taatlah sekadar kemampuannya dan jika dating orang lain hendak merampas jawatan itu maka bunuhlah dia. Maka aku (rawi) datang padanya dan berbisik : ‘Adakah benar ini engakau dengar dari Rasulullah S.A.W? Kata Abdullah Ibn ‘amru: Telingaku mendengarnya dan hatiku menghafalnya.Aku berkata: Ini sepupu kamu Mu’awiyah menyuruh kami makan dengan batil (ketika perang Siffin) dan membunuh diri kami (ketika Siffin) sedangkan Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta antara kamu dengan batil melainkan dengan perniagaan yang kamu redhai meredhai dan janganlah kamu bunuh diri kamu dan Allah itu amat mengasihani kamu.Kata rawi: Maka dia (Abdullah) diam sebentar kemudian berkata: Taatlah dia dalam mentaati Allah dan derhakailah dalam menderhakai Allah. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim dan Nasai]

Daripada hadis-hadis di atas wajib kepada kita mentaati pemerintah walaupun mereka berlaku zalim selagi mana tidak melakukan kekufuran yang nyata. Adapun yang perlu dilakukan oleh muslim adalah menasihati pemerintah itu dan mengingkari maksiatnya ini sebagaimana dalam hadis yang lain:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري - رضي الله عنه - " أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قلنا: لمن؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين، وعامتهم

Maksudnya: Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim bin Aus Ad-Dari R.A. bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda: Agama (Islam) itu nasihat. Kami(Sahabat) berkata: Bagi Siapa? Baginda menjawab: Bagi Allah dan Kitab-Nya dan Rasul-Nya dan Pemimpin-peminpin umat Islam dan ‘Awamnya. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim dan Nasai (Lihat Hadith 40).]

Hikmah terus mentaati pemerintah dan tidak menggulingkan kerajaan:

Hikmah petunjuk Nabi S.A.W. ini amatlah besar bagi maslahat umat di akhir Zaman.Hadis-hadis ini menunjukkan mukjizat Baginda S.A.W. kerana memberitakan perkara yang belum berlaku.

Dari segi politik ia mempunyai nilai siasah yang amat tinggi dan penuh licik. Apabila Umat terus mentaati pemerintah maka dengan sendirinya pemerintah tadi akan menjadi lembut hatinya apabila dilembutkan Allah S.W.T dan mahu ia mendengar cakap rakyatnya dan diterima nasihat mereka padanya.

Ini kerana pemerintah apabila rakyatnya itu mengisytiharkan keluar dari taatnya maka keraslah hatinya pada mereka dan engganlah ia mendengar lagi nasihat mereka. Jadi kewajipan menasihati pemerintah hanya akan berlaku apabila rakyat itu masih taat dan mengiktiraf kepimpinan pemerintah itu.

Adapun sebab berlakunya kezaliman pemerintah itu kerana rakyat menzalimi diri sendiri dan melakukan maksiat. Dalam sejarah kita lihat apabila rakyat mula terpengaruh dengan faham muktazilah maka Allah meletakkan Abdullah Al-Makmun sebagai Khalifah dan menjadi keraslah kerajaan atas Ahli Sunnah dan tersiksalah ulama’ Sunnah sehingga mereka kembali berpegang dengan sunnah maka Allah meletakkan Al-Mutawakkil ‘Alallah maka bersinarlah kembali cahaya Sunnah.

Nabi S.A.W. menasihati pemerintah dan mendoakan mereka hidayah dan keampunan dan rakyat pula hendaklah sentiasa mengislahkan diri dan memohon ampun supaya dengan berubahnya rakyat itu kepada baik maka Allah akan meletakkan juga pemerintah yang baik kepada mereka.

Antara hikmahnya jua terletak apabila Rasulullah S.A.W menyuruh kita jangan ikut perintah yang maksiat tetapi dalam masa yang sama terus menaishati dan mengiktiraf pemimpin itu maka dengan sendirinya apabila dia melihat rakyatnya tidak ikut perintahnya yang maksiat maka tidaklah lagi dia akan memerintah dengan maksiat bahkan akan menyuruh yang makruf jua.

Kita misalkan di Malaysia jika semua bangsa Melayu Islam ini dalam parti kerajaan lalu semuanya sebulat suara mengusulkan supaya kerajaan menegakkan hukum Allah maka sudah tentu ketika itu tiadalah bagi kerajaan itu dihadapannya melainkan menegakkan hudud dan qisas dan lainnya daripada undang-undang Islam.Wallahua’lam.

Apakah tidak boleh langsung dipecat pemerintah?

Boleh asalkan bukan dengan cara yang ganas dan menimbulkan kacau bilau. Bahkan hendaklah Ahli Syura dan Majlis Al-Hilli wal ‘Aqdi menentukannya dan melantik orang yang lebih layak jika ada dan menambil kita Qaedah Fiqh: “Menolak Mudharat itu didahulukan atas mendatangkan maslahah” dan “Mengambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat”.

Bila boleh memerangi pemerintah?

Apabila berlaku kekufuran yang nyata dan tiada pula Majlis Syura yang dapat mencegah kemungkaran itu seperti semuanya juga menyokong kekufuran itu maka wajiblah diperangi. Misalnya dia menghalalkan arak dan menyuruh orang meminumnya, menukar azan ke bahasa lain,menghalang solat Jamaah, Melarang puasa,melarang pemakaian tudung dan menutup aurat dan lain-lain perkara yang menyebabkan kufur Akbar yang menyebabkan pelakunya murtad wal’iyazubillah.

Apakah Hukum Orang Awam Syiah Rafidhah?

سؤال: ما حكم عوامّ الروافض وكيف نتعامل معهم ؟

Soalan: Apakah hukum orang awam (Syi`ah) Rafidhah dan bagaimana kita hendak bermuamalah (berurusan) dengan mereka?

الجواب : أظن أن السائل يفرِّق بين العوام وبين غير العوام ,وهذه خطوة جيدة 

العوام الذين لا يطعنون في زوجات رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا يكفِّرون الصحابة ولا يعتقدون في القرآن أنّه محرّف وعندهم شيء من الرفض ,شيء من البغض للصحابة دون تكفيرهم وما شاكل ذلك فهؤلاء ضلاّل مبتدعون لا نكفِّرهم 

ومن كان يشارك ملاحدتهم في تكفير أصحاب محمد عليه الصلاة والسلام ,وفي الطعن في زوجات رسول الله صلى الله عليه وسلم وفي العقيدة الخبيثة أنّ القرآن محرَّف وزيد فيه ونَقُص فهذا كافر مثل كفّار اليهود وكفّار النصارى وكفّار غيرهم لا فرق بين عوامّهم وعلمائهم 

والتعامل معهم ؛إن كان في أمور الدنيا مثل التجارة وما شاكل ذلك فيجوز التعامل مع اليهودي والنصراني والرافضي ,أما التعاون في أمور الدين فلا ,أبداً ؛لأنّه تعاون على الإثم والعدوان 

Jawapan Syeikh Al-`Allamah Rabi` bin Hadi Al-Madkhali-hafizahullah:-

Aku yakin bahawasanya penyoal membezakan antara awam dan orang bukan awam, dan ini merupakan langkah yang baik, orang awam ialah orang-orang (Rafidhah) yang tidak mencela isteri-isteri Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan mereka yang tidak mengkafirkan para sahabat, dan mereka yang tidak ber`itiqad tentang Al-Quran bahawasa ianya sudah diubah sedangkan pada diri mereka ada sesuatu akidah rafidhi, sedikit perasaan kebencian ke atas sahabat tanpa mengkafirkan mereka dan apa yang semisalnya hal tersebut maka mereka ialah orang yang sesat, ahli bid`ah dan kita tidak mengkafirkan mereka.

Dan sesiapa yang menyertai kekufuran mereka dalam mengkafirkan para sahabat Nabi sallallahu`alaihiwasallam, dan dalam mencela para isteri-isteri Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam, dan pada akidah yang keji iaitu `itiqad bahawasanya Al-Quran sudah diubah dan terdapat tambahan padanya,dan kekurangan padanya maka (orang yang ber`itiqad dengan hal ini) merupakan kafir seperti kuffar Yahudi, dan kuffar Nasrani dan kuffar dari selain mereka tidak ada beza antara orang awam mereka dan ulama` mereka.

Dan bermuamalah (berurusan) dengan mereka, jika ianya melibatkan urusan dunia seperti perniagaan dan semisalnya maka hal tersebut boleh sebagaimana boleh bermuamalah dengan Yahudi, Nasrani, dan Rafidhi, adapun berurusan dalam urusan agama maka ianya tidak sama sekali, kerana ianya merupakan bentuk saling tolong-menolong di atas dosa dan permusuhan.

Terjemahan: Abul Hussein Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

Sumber: 1aqidah.net