Monday 28 March 2011

~JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"~

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitu jugalah.....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia MENYAYANGI kamu...
Hendakllah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Dan TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
kerana apabila ia mulai RETAK... tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula...
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja...

Begitu juga...

Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan menganggap dia begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa...
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhit hayat....
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKANYA begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya....
Lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja...

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
Yang mengenyangkan dan berkhasiat....
MENGAPA KAMU BERLENGAH LAGI??
Cuba MEMBANDINGKAN dengan orang lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....
kamu juga yang akan MENYASAL dan tidak ada gunanya lagi....

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukannlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta  BERSYUKUR dengan apa yang sudah kita MILIKI.....
Kita akan BAHAGIA. BAHAGIA. dan terus BAHAGIA....
Itu lebih BERMAKNA....

"Begitulah hidup ini tiada yang abadi yang patah berganti kan tumbuh yang hilang kan berganti...namun, yang berganti tidak mungkin sama yang hilang"


p/s : ~sayangilah orang yang hargai kita~ dan renungkan pengorbanan dia kepada kita...

1 comment: