Saturday 26 March 2011

Keadilan Allah ke atas kaum Lelaki dan Perempuan

Saya berkenan dengan Artikel ini...baca lah..hehehe....


Lelaki

 
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis 

bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa 

isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum 

baligh. BERATKAN???
 
Hukum menjelaskan anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia 
tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang 
tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. 
Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat 
kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri 

walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai 

pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada 

insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. 

Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada 

seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat 

untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang 

terpaksa ditanggung.


TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah 

SWT. 

WANITA



Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada 

lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang 

tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah 

bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami 

tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu 

adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya 

dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu 

menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia 

didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, 

dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni 

ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 



1. ibunya 

2. isterinya 

3. anak perempuannya 

4. saudara perempuannya. 


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

 
1. suaminya

2.ayahnya 

3. anak lelakinya 

4. saudara lelakinya 


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg 

disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :



1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat kepada suaminya

4. menjaga kehormatannya 



Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan 

suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima 

pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat 

senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki 

tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka 

dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.


Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, 
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.




p/s : besar juga tanggungjawab yang diberikan ye..hurmm..renung-renungkan ye...

No comments:

Post a Comment